Just trust your "SELF"

Just trust your "SELF"

Saturday, 28 May 2011

Di sebalik amalan dalam islam

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral.Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


2. Cara Rasulullah mengunyah?

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3.Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4.Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


5.Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang,berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Friday, 27 May 2011

Konsep Dakwah Dalam Islam

Pendahuluan
Dakwah merupakan istilah yang khusus dalam islam. Ia merupakan satu kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan, dalam sebarang bentuk dan dalam setiap kesempatan. Dakwah merupakan tugas para Rasul dan perintah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan juru dakwah pertama semenjak agama Islam diturunkan. Banyak perintah Allah yang ditujukan kepada Rasullullah supaya melaksanakan tugas tersebut secara kesinabungan, seperti Firman Allah yang bermaksud:“Dan serulah ia kepada tuhan engkau, sesungguhnya engkau di atas petunjuk yang luirus” (Al-Haj; 67)

Walaupun banyak ayat-ayat dalam Al-Quran menyuruh Nabi Muhammad SAW supaya berdakwah, tetapi ayat tersebut juga ditujukan untuk seluruh manusia muslim dan hanya dikecualikan bagi mereka yang dikecualikan oleh syara’.

Dakwah merupakan perlaksanaan terhadap perintah Allah, iaitu menyeru manusia ke arah ajaran Islam yang meliputi persolan teologi, syariah, akhlak, dan institusi. Dakwah merupakan satu usaha untuk mengajar kebenaran kepada mereka yang lalai, membawa berita baik tentang nikmat dunia dan nikmat syurga, memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan kesengsaraannya. Melaksakan tugas dakwah merupakan puncak kebaikan dan kebahagiaan sepertimana Firman Allah yang bermaksud:“Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya untuk menyeru manusia ke jalan Allah” (Fusilat 41; 33)

Definisi dakwah

Dari Sudut Bahasa
Dakwah kepada Islam merupakan satu teknik untuk menarik manusia kepada ajarannya sama ada secara teoritikal atau praktikal. Perkataan “DAKWAH” berasal daripada perkataan arab yang bererti mengajak, menyeru, menjemput, memanggil kepada sesuatu perkara sepertimana yang terdapat dalam Firman Allah:Ertinya: dan Allah menyeru kepada negara kesejahteraan….

Manakala orang yang menyampaikan dakwah disebut sebagai “PENDAKWAH” atau “PENDUKUNG DAKWAH”.

Dari erti perkataan dakwah dari segi bahasa tersebut memperlihatkan bahawa dakwah merupakan satu perkara yang memerlukan satu usaha atau kesungguhan sama ada secara amali atau teori bagi mencapai objektif yang digariskan, justeru itu di dalamnya terdapat tuntutan jihad dan amal.

Dari Segi Istilah
Banyak definisi dakwah dari sudut istilah telah diberikan oleh para Uamak Islam, antaranya:Ibn. Taimiyah: Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para Rasul-Nya dengan membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.

Abul Ala’Al-Mawdudi: Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusia memiliki nilai-nilai suci dan agong. Dakwah adalah menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan pancaindera, daya pemerhatian, daya rasa, daya ciptanya, menghidupkan dhamir, hati nurani dan bashirah. Menghidupkan manusia yang seimbang dari segi ilmu, iman dan amal. Ibadah, ikhtiar dan doa.

Definisi dakwah dapat disimpulkan:

Dakwah ialah menyeru manusia supaya taat dan beriman kepada Allah dan Rasul. Dakwah ialah mengajak manusia mengamalkan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam bagi menghidup dan menyeimbangkan manusia. Dakwah adalah usaha mengingati fitrah manusia dan seruan kepada pembebasan manusia dari ilah-ilah palsu dan kuasa tirani. Dakwah ialah usaha-usaha pembaikan dan pembangunan masyarakat yang berkesinabungan.

Kewajipan Berdakwah
Dakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islam seluruhnya tanpa kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan”

Ayat di atas menerangkan dua perkara, iaitu tentang kebaikan umat Islam(Khaira Ummatin) dan kebaikan umat Islam itu terletak kepada tugasnya menyuruh dan mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Menurut Imam Al-Qurtubi, Allah telah menjadikan amar makruf nahi mungkar sebagai garis pemisah di antara orang beriman dengan orang munafik. Ia merupakan ciri orang beriman yang paling istimewa yang membezakannya dengan golongan munafik. Apabila umat Islam melalaikan tanggungjawab berdakwah maka Allah akan mengharamkan kedudukannya sebagai Khaira Ummatin(sebaik-baik umat), kerana Allah memberikan status umat mulia ke atas umat Islam kerana perlaksanan terhadap tanggungjawab dakwah.

Tanggungjawab berdakwah diletakkan ke atas setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan, baligh, berakal, sama ada ulamak atau tidak, tetapi peranan ulamak lebih ditekankan dalam memperincikan ajaran agama kerana pengetahuan mereka yang luas. Ia boleh dilakukan sama ada secara perseorangan sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud:“Maka hendaklah yang telah menyaksikan antara kaum memyampaikan ilmu kepada orang yang tidak hadir” (Hadis Riwayat Bukhari; Kitab Sahih Bukhairy)

Dan juga boleh dilakukan berorganisasi terutama apabila terdapat aspek-aspek kerja dakwah yang tidak dapat dilakukan secara individu sepertimana Firman Allah yang bermaksud:“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”. (Ali Imran; 104)

Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan wajib ke atas setiap umat Islam berdakwah, tetapi ia menjadi fardu kifayah iaitu tanggungjwab yang tertanggung kepada orang orang yang tertentu yang mempunyai syarat-syarat keahlian dalam sesuatu bidang yang tertentu yang memerlukan syarat-syarat tersebut yang tidak ada pihak lain menyempurnakannya.

Bagaimanapun, hukum fardu kifayah ini tidak bermaksud umat Islam yang lain harus berpeluk tubuh sekiranya kemungkaran terus berlaku dalam masyarakat. Fardu kifayah bemaksud, sekiranya masyarakat tersebut sudah meninggalkan kemungkaran dan membuta kebaikan, tetapi jika sekiranya masyarakat masih lagi melakukan kemungkaran, maka setiap muslim wajib memikul tanggungjawab tersebut atau memberi sokongan kepada pendakwah. Setiap orang wajib menambah kekuatan dan memberi Sokonngan kepada para pendakwah, meramaikan bilangan mereka sehingga mereka menjadi kuat, hebat, dan mempunyai pengaruh yang cukup untuk mencegah kemaksiatan.

Ciri-Ciri Pendakwah
Pendakwah mempunyai kedudukan yang sangat penting sekali dalam agama. Allah berfirman bahawa dakwah itu adalah sebaik-baik perkataan:“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah serta beramal salih seraya berkata saya seorang muslim” (Fushilat; 33)

Pendakwah merupakan golongan yang mewarisi peranan para Nabi dan Rasul yang menyampaikan ajaran agama kepada setiap manusia dan menyeru manusia kepada Allah. Justeru itu, mereka sudah semestinya lebih wajar dari orang lain dalam menghiasi diri mereka dengan akhlak Islam seperti mempunyai sifat benar, amanah, pemaaf, lemah-lembut, tawadu’, memudahkan, mulia dan pemurah. Di samping itu, mereka harus menjauhkan diri dari sifat-sifat bohong, munafik, pemarah, sombong, megah, bakhil dan kedekut. Pendakwah yang beramal dengan akhlak islami ini akan membawa pengaruh yang sangat besar dalam perubahan yang dikehendaki dan mendapat penghormatan yang tinggi dalam masyarakat.

Abul A’la Al-Mawdudi telah mernggariskan sifat-sifat yang perlu ada kepada para pendakwah. Pertama, pendakwah harus mempertingkatkan kualiti dirinya sehingga ia betul-betul taat kepada Allah dan Rasul, serta tunduk kepada apa yang dibawa oleh Rasul. Ia harus terlebih dahulu memerangi musuh dalam dirinya melalui jihad nafs sebelum berhadapan dengan musuh-musuh lain. Kedua, seorang pendakwah harus berpegang teguh dengan prinsip yang dipoegangnya dan matlamat perjuangan, mengajak orang yang diseru dengan cara yang lembut, tidak kasar atau bermusuhan, tidak menghina mereka, tidak menanamkan rasa kebencian tetapi tanamkan rasa kasih sayang, persaudaraan dan perikemanusiaan.

Di samping sifat-sifat tertentu yang perlu ada kepada pendakwah, setiap pendakwah juga perlu mempunyai persiapan-persiapan dalam menjalankan tugasnya agar perjuangannya memperolehi kejayaan. Beberapa persiapan yang perlu ada bagi seorang pendakwah ialah menguasai ilmu pengetahuan yang luas terutama dalam bidang agama, memahami kandungan al-Quran, halal-haram, memahami hakikat dunia, tipu dayanya dan sebagainya. Pendakwah juga harus mempunyai keimanan yang kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dalam berdakwah. Selain itu, seoarang pendakwah perlu mempunyai sifat sabar seperti teliti, tidak tergopoh gapah dalam semua tindakan, mempunyai tekad yang kuat, tidak bersifat pesimis atau berputus asa, pendirian yang teguh dan selalu memelihara keseimbangan antara akal dan emosi, di mana akal akan tetap mengawal emosi, bukan sebaliknya. Persiapan yang lain ialah mesti mempunyai sifat sedia memberi pertolongan dan bersedia berkorban masa, tenaga, fikiran, dan harta. Mereka juga perlu, mempunyai perasaan cinta kepada perjuangan dan memiliki semangat yang tinggi dalam mencapai tujuan serta menyediakan diri untuk terus bekerja terus menerus, secara teratur dan berkesinabungan.

Methodologi Dakwah
Pada dasarnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak membolehkan kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah:“Tiada paksaan dalam beragama(masuk Islam). Sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari kesesatan”(Al-Baqarah; 256)

Menurut al-Mawdudi, paksaan akan melahirkan nifaq dan munafiq kerana dakwah adalah mengajak dengan kesedaran. Namun demikian, terkadang diperlukan kekerasan untuk menjaga kemuliaaan agama atau untuk memelihara masyarakat, negara dan sebagainya. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah:“Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak sangggup dengan lidahnya. Jika ia tidak sanggup, maka dengan hatinya dan ini adalah iman yang paling lemah. ” (Hadis Sahih Muslim)

Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metodologi yang diikuti oleh para Nabi dan Rasul, disamping menyesuaikannya dengan perubahan zaman dan persekitaran, mengikut apa yang terbaik untuk zaman dan masyarakat tersebut. Dakwah boleh disampaikan secara lisan, tulisan atau memanfaatkan dari perkembangan teknologi maklumat yang wujud pada masa kini. Secara dasarnya, al-Quran telah memperjelaskan tiga cara dakwah yang efektif, seperti Firman Allah yang bermaksud: “Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. ” (Al-Nahl; 125)

Ahli tafsir tela menghuraikan maksud tiga cara tersebut:

Hikmah
Iaitu keterangan yang jitu dan tepat yang dapat meyakinkan dan menghilangkan keraguan, dengan memasukkan roh tauhid dengan akidah iman, dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang jelas sehingga meyakinkan akal. Termasuk dalam hikmah ialah dengan menggunakan susunan kata-kata yang biasa dan senang diterima akal dan bukannya menggunakan kata-kata yang tidak difahami atau sukar difahami oleh penerima dakwah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah SAW.

Nasihat Yang Baik(Mauizah Hasanah)
Iaitu huraian–huraian yang memberi petunjuk dan nasihat yang dapat menyedarkan dan membuka pintu hati untuk mentaati semua pertunjuk Islam. Huraian-huraian ini dilakukan dengan jelas dan tanpa menyakitkan hati orang lain. Metode ini ditujukan kepada orang-orang yang menerima dan sudah komited dengan prinsip dan fikrah Islam. Mereka tidak memerlukan kecuali nasihat untuk mengingatkan, memperlembutkan hati, dan menjernihkan segala kekeruhan yang wujud.

Berdialog Dengan Cara Yang Baik
Iaitu memberi hujah atau bukti-bukti yang dapat menolak sanggahan dan pendapat lawan. Menurut Amin Ahsan Ishlahi, metode mujadalah hasanah adalah metode yang diizinkan oleh al-Quran, iaitu dengan pendakwah memberi penjelasan kepada pihak lawan dengan menggunakan prinsip-prinsip dan kesimpulan logik agar dapat agar mereka dapat merenungkannya, menerima kebenaran atau tidak menentang seruan dakwah lagi.

Cara Berdakwah
Telah kami jelaskan di dalam pendahuluan bahawa tugas dakwah bererti melaksanakan tugas yang besar di bumi ini menegakkan agama Allah di bumi iaitu dengan menegakkan negara Islam di seluruh dunia yang berteraskan khilafah Islamiyyah,. Kita perlu berusaha mendapatkan sebuah negara baru Islam untuk penyebaran agama Allah di muka bumi ini.

“Sehingga tidak ada fitnah dan jadilah agama semuanya untuk Allah” (Surah Al-Baqarah; 193)

Telah dijelaskan juga bahawa binaan yang besar ini memerlukan contoh teladan yang baik dalam setiap peringkat pembangunan dari setiap individu, keluarga, masyarakat muslim, kerajaan islam, negara islam dan khilafah Islmamiyyah. Di sini terdapat perbezaan di antara menegakkan kerajaan Islam yang lemah di dalam kelompok negara Islam yang asas lemah, yang tidak ada satu jalinan yang kukuh di antara kerajaan–kerajaan dengan menegakkan negara Islam di seluruh dunia yang kuat dan bersepadu berdasarkan asas yang kukuh dan jitu. Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah bahawa kita tidak boleh menbangunkan manusia dengan cara yang mudah yang tersedia untuk dimajukan tetapi kita perlu bersihkan segala ranjau dan halangan untuk pembangunan manusia.

“Allah tidak akan mengubah apa pada kaum itu sehingga mereka itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Surah al-Ra’d; 11)

Ada Cita-Cita Yang Tidak Putus Asa
Di dalam dakwah kita tidak harus ada perasaan putus asa disebabkan kerana banyaknya ranjau dan halangan yang ada dalam masyarakat kita. Sebaliknya perlu ada cita-cita agar kita dapat mengatasi ranjau dan halangan yang ada itu dengan pertolongan Allah. Kita juga perlu mempunyai sifat-sifat bersih hati, takwa dan baik supaya kita dapat membina masyarakat yang sejahtera dan kukuh.

Kalau kita lihat masyarakat jahiliah pada masa Rasulullah kita dapati keadaan mereka amat dasyat sekali. Walaupun begitu keadaannnya, beliau boleh berubah hingga menjadi masyarakat yang baik, berkasih sayang, mementingkan sahabat dari dirinya dan bekerjasama untuk kebaikan. Semua ini didasarkan pada aqidah, tauhid kepada Allah dan pengabdian diri terhadap-Nya. Sebagai kesan dari ajaran Al-Quran dan Rasulullah yang menjadi contoh teladan di dalam berdakwah. Sekiranya kita mengikut cara yang digariskan oleh Rasulullah iaitu dengan berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, maka dengan pertolongan Allah, masyarakat kita pasti akan berubah dan terhindar dari wabak yang melanda masyarakat kita hari ini Oleh itu, generasi yang terkemudian ini tidak akan berjaya kecuali dengan mengikut cara orang-orang terdahulu. Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna telah menggambarkan keadaan orang-orang Islam masa kini dan cara mengatasinya.

“Sesungguhnya ummat ini telah ditimpa satu keadaan yang mengancam kedudukan dan menggoncang bangunannya pada zahirnya seolah-olah ia sedang dilanda ombak penyakik, hina dan lemah yang menjadi buruan orang-orang yang tamak dan perampas. Ianya tidak berdaya untuk mempertahankan diri dari pencerobohan kebudayaan. Cara mengatasinya ialah dengan tiga cara: Mengenal pasti punca penyakit, sabar dalam kesakitan untuk diubati oleh doktor yang mahir yang mengendalikannya sehingga Allah melaksanakan apa yang dikehendaki dan sembuh dengan sempurnanya serta mendapat kemenangan. ”

Setelah dibentangkan tentang keadaan setengah dari negara Islam yang sedang dilanda wabak penyakit dan kerosakan beliau menambah: “Apa yang diharapkan oleh ummat Islam yang sedang diserang dari segenap penjuru dari segala kekuatan yang ada pada mereka, yang terdiri dari penjajahan, kepartian, riba, syarikat-syarikat asing, pemikiran bebas, pendidikan dan perundangan yang kucar-kacir, putus asa, kikir, pengecut, penakut, mengagungkan musuh yang mempengaruhi mereka menyebabkan mereka menurut apa sahaja yang dibawa oleh musuh mereka terutama dalam perkara yang buruk. Satu dari penyakit-penyakit ini sudah cukup untuk membunuh ummat secara terang-terang, bagaimana nhalnya jika penyakit itu ada pada semua ummat. Kalaulah tidak ada benteng dan perisai yang kuat di dalam ummat ini nescaya hanya tinggal kesannya sahaja, tetapi Allah dan juga orang-orang yang beriman tidak menghendakinya. ”

Setelah hilangnya rasa putus asa dari hati orang-orang Islam ia berkata: “Apa yang ada disekitar kita ini memberi harapan baik walaupun orang lain menganggapnya buruk. Sesungguhnya ummat Timur ini telah dilanda zaman beku sehingga dipenuhi dengan kebekuan dan dilanda dengan diam sehingga terlena dengan diam. Tetapi sekarang ia bangkit dalam keadaan menggelegak dan menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan serta mempunyai semangat yang kuat. Kalaulah tidak kerana ikutan-ikutan dari satu segi dan strategi yang tidak teratur nescaya ia telah meninggalkan kesan yang menakjubkan. Ikutan-ikutan itu tidak akan berlanjutan sepanjang zaman tetapi masa itu akan berubah dengan kehendak Allah. Semuanya di dalam kekuasaan Allah sama ada bagi yang telah lalu atau yang akan datang. Oleh itu, kita tidak putus asa selama-lamanya. ”

Inilah yang telah diperkatakan oleh Imam Al-syahid Hassan Al-banna. Kita sekaranng berjalan mengikut uslub dawah dan kita tidak putus asa dan berusaha untuk mengubah keadaan yang ada dan mengubah penyakit yang menimpa masyarakat walau banyak mana pun penyakit tersebut dengan perpandukan contoh teladan iaitu Rasullah SAW dan para sahabatnya dengan cara hikmat, nasihat yang baik praktikal dan usaha yang berterusan dengan pertolongan Allah. Usaha-usaha kea rah menbersihkan akidah tauhid dari pencemaran dan khurafat yang telah banyak dilakukan dan terus di laksanakan. Tuntutkan media massa di bersihkan dari unsur-unsur yang merosakkan sering kedengaran semuanya ini menberikan harapan yang baik pada perubahan yang mengalakkan.

Kesimpulan
Dari perbincangan di atas dapat difahami bahawa dakwah merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul oleh setiap muslim bagi menyeru manusia ke arah kebenaran dan hidayat. Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metologi yang ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul, panduan al-Quran dan Hadis Nabi atau dakwah yang hendak dijalankan mencapai matlamatnya. Di samping itu, dakwah tidak hanya terhad kepada seruan secara lisan, tetapi juga harus menggunakan media yang luas dan terkini asalkan tidak bercanggah dengan ajaran islam. Golongan pendakwah yang menyeru manusia ke arah kebenaran haruslah terlebih dahulu mempraktikkan akhlak islam dan mempunyai sifat-sifat yang ditunjukkan. Pendakwah akan terus berhadapan dengan pelbagai tribulasi dalam usahanya untuk menyampaikan kebenaran kerana ia merupakan satu sunnah perjuangan.

Saturday, 7 May 2011

Terjemahan Bacaan Dalam Solat


Takbiratul-Ihram & Takbir 
Allah Maha Besar. 

Doa Iftitah 
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 

Al-Fatihah 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. 

Bacaan ketika rukuk 
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. 

Bacaan ketika bangun dari rukuk 
Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 

Bacaan ketika iktidal 
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. 

Bacaan ketika sujud 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. 

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud 
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. 

Bacaan ketika Tahiyat Awal 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 

Bacaan ketika Tahiyat Akhir 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya

TARBIYYAH RUHIYYAH TANGISAN KERANA TAKUT KEPADA ALLAH SATU PENILAIAN TERHADAP PERSOALAN HATI

Ustaz Zainudin Hashim
Fenomena tangisan di kalangan manusia hari ini mempunyai maksud yang tersendiri, ini kerana ada yang menangis sebab ditinggalkan orang yang amat dikasihi, sama ada seorang kekasih, ibu, bapa, anak-anak, jiran, sanak saudara terdekat dan seumpamanya.
Terdapat juga yang menangis kerana terlalu gembira sebab bertemu semula dengan orang yang terpisah sejak sekian lama, ada juga di kalangan mereka yang terlalu mudah untuk mengalirkan air mata apabila menonton sebuah cerita yang berkonsepkan kesedihan dengan pelbagai karenah dan watak dalam filem tertentu.
Apapun amat sukar hari ini untuk mendapatkan jenis manusia yang menangis kerana takutkan Allah sebab ia amat terbatas, ini kerana jiwa serta hati mereka tidak terikat melalui hubungan dengan Allah selaku Pencipta, atau dengan kata lain hati mereka tidak melalui proses tarbiyyah seperti yang dialami oleh generasi silam.
Hati manusia hari ini tidak selembut mereka yang terdahulu daripada kita, malah tidak berusaha untuk mencari jalan bagaimana hati tersebut dapat dilunak dan dijinakkan melalui hubungan dengan Allah SWT.
Pendek kata, faktor yang menyebabkan manusia hari ini tidak mementingkan persoalan pensucian hati dan jiwa adalah disebabkan mereka tidak menggarap ilmu agama dengan sepatutnya, mereka membiarkan hati tersebut kosong dan akhirnya terjebak dalam kancah yang amat dikutuk oleh Allah SWT.
Justeru, baginda Rasulullah s.a.w ada memberi wasiat kepada Saidina Ali Bin Abi Talib yang membawa maksud : �Wahai Ali, jika sekiranya berlalu 40 hari di kalangan orang-orang Islam dan mereka tidak duduk (secara langsung) dengan para alim ulama� (menadah kitab, maka mereka akan ditimpakan oleh Allah dengan dua implikasi, pertama hati mereka menjadi keras dan kedua mereka berani pula (terjebak) melakukan dosa-dosa besar�.
Jelas daripada wasiat baginda s.a.w di atas menunujukkan kepada kita, bahawa apabila seseorang muslim itu yang tidak bersedia untuk duduk bersama alim ulama� untuk belajar daripada mereka, maka dia akan ditimpakan dua perkara, hati keras yang tidak memungkinkan dia mendapat petunjuk daripada Allah malah berani pula melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat, membunuh, meragut, memfitnah Islam, membenci ulama�, menderhaka kepada kedua ibu bapa, melanggar perintah Allah, menghina hukum-hukum Islam, meletupkan mangsa yang dibunuh dan banyak lagi yang dianggapa sebagai jenayah di sisi Allah SWT.
Pendekatan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata
Sehubungan itu, Allah menjelaskan, menerusi ayat 109 surah al-Isra yang bermaksud : Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangil dan mereka bertambah khusyu
Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman sungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa.
Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini yang tidak peka atau prihatin dengan perkembangan semasa yang melibatkan undang-undang Islam yang masih tidak terlaksana dan mereka tidak sedih apatah lagi mengeluarkan air mata kerananya.
Mereka juga tidak berusaha merebut peluang untuk dimasukkan dalam salah satu daripada tujuh kategori manusia yang mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seperti yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah (r.a), bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : �Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari Kiamat (di padang Mahsyar), di mana tidak ada naungan melainkan naungan Allah :- Pemerintah yang adil, seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dan berpisah kerana Allah, remaja yang membentuk dirinya untuk beribadat kepada Allah, seorang lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang rupawan, hartawan dan mempunyai kedudukan, lalu dia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah (atau sebaliknya), seorang yang mendermakan dengan tangan kanannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui (kerana ikhlas) dan seseorang itu yang mengingati Allah (dengan mengenangkan segala dosa yang dibuat) hingga mengalirkan air mata (kerana takut kepada Allah)� – Hadis Sohih.
Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda : �Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah……….. Hadis riwayat at-Tirmizi.
Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik, nifaq dan menyanggah hukum Allah SWT, tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam, atau kosong daripada penghayatan agama, walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.
Allah SWT menegaskan dalam ayat 23 surah az-Zumar (39) maksudnya : Maka apakah orang-orang yang dibuka Allah hatinya untuk menerima Islam lalu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya sama dengan orang keras hati? Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya dari mengingati Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata. Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah

Para ulama telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT :
1- Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri.
2- Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya.
3- Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu.
 4- Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah. 5- Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.
Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT.

khutbah terakhir Rasulullah s.a.w

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.





WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

            “Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
            Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
            Juga pun”.



Fatwa: Hukum Merayakan Hari Ibu

Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?

Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.

Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.

Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.

Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.

Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.

Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.

Sunday, 1 May 2011

KERANA MARUAH AGAMA

Kisah Benar (nama samaran)…. :
M mengajak aku untuk pergi ke satu kem selama 2 hari 1 malam. Aku bosan, sebab tu aku setuju dengan ajakannya bersama S dan N.
Sampai di sana, tempatnya indah dengan ciptaan Tuhan namun dicemari dengan pelbagai maksiat yang tersmbunyi di mata kasarku pada mulanya. Setelah beberapa jam mengikuti program tersebut, aku dan rakan-rakanku agak terkejut dengan “kejutan budaya” seperti homoseksual (gay, lesbian) dan biseksual, heteroseksual dan banyak lagi.
M berkata, dia tidak menyangka bahawa kem kali ini benar-benar berbeza daripada sebelumnya. Kami tidak menyalahkannya kerana kami mendapat satu pengalaman yang mengejutkan. Bayangkan! Kami serumah dengan mereka-mereka yang “pengkid”. Mungkin ada juga yang Lesbian antara mereka.
Bukan niat ingin menghina, tetapi ingin menyatakan pendapat. Pergaulan yang terlalu bebas menyebabkan kami terasa begitu asing. Lelaki dan perempuan bersalaman, bertepuk tampar dan banyak lagi. Inikah perwatakan Islam? Mereka tahu gunakan nama Tuhan dalam mempertahankan perkara batil (contohnya: Allah dah bagi kita rambut yang cantik, terima jela. Tapi, bukan nak pakai tudung). Malah memerli orang yang pakai tudung.)

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (Surah an-Nur : ayat 30)


“dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah sutu perbuatan keji dan jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : ayat 32)
“..sesungguhnya pendengaran, penglihatan juga hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya (selama di dunia).” (Surah al-Israa’ :ayat 36)
Kami terpaksa menipu untuk pulang dari kem tersebut pada waktu malam kerana dua sebab. Satu, tidur. Dua, salah seorang sahabat kami diarahkan berlakon bersama lelaki dalam keadaan baring di lantai sambil bertentang mata. Dia risau dan kami juga risau. Jadi, kami buat satu perancangan untuk membebaskan diri kami dripada dibelenggu dosa dan maksiat. Mana taknya, perempuan, tapi merokok dan mengaku pernah menghisap shisha. Na’uzubillah..
Bila ada lelaki yang cuba mendekati, aku akan menjauh. Biarlah mereka nak kata aku ni tak sporting ke, sombong ke.. Biarlah.. Asalkan Allah suka dengan sikap aku yang cuba nak memelihara ni..
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
M menghubungi saudaranya dan menceritakan segala-galanya. Saudara M juga berasa terkejut dan risau dengan keadaan kami lalu kami sepakat membuat keputusan untuk tinggalkan kem pada malam tersebut juga. Kami terpaksa menipu orang yang kami hormati di kem itu kerana ini.
Apapun, sebenarnya, kem ini best! CUMA!! Pergaulan yang terlampau bebas dan pakaian yang terlampau bebas serta terdedah menyebabkan kami rasa sungguh kecewa dan kesian.
Pengajaran : Jagalah diri sebaik mungkin kerana diri akan mudah hanyut dengan ajakan rakan sebaya andai iman dan takwa dalam hati sudah hilang dalam diri.
Semoga Allah menghadiahkan nur hidayah-Nya pada mereka-mereka yang memerlukan petunjuk. Amin… :)
p/s : Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Ambillah pengjaran dan jadikan pedoman.
Wassalam…

BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM ISLAM

 Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :
1. Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Gelap!! Keluarkan Aku, Ya Allah!!


Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.

Yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah Lori.

Dan darahku membasahi jalan..

....

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat Ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada Ku teramat berat sesak menghimpit Dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. Datanglah.....

Abang!! Bukakan mataku!!

Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara TU? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". Sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.Dan bila tiba saatnya,Kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

...

"Yassin.......".

Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang Dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan Ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah Dan penuh kesah.

"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek............".

Mari cu... Ikut nenek..

"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".

''Ayah.......kau datang ayah.......".

"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah.......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apaini?.

AKULAH SAKARATUL MAUT!!!

Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!

Tubuhku seakan ditarik Dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut Dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.Dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh Ku berselerak di dalam tubuhku.

Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup Mata memandang Dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,Dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat Dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.



"Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu.....malu......!!!!!!".


Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.


Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!?

“Memadailah Kematian Sebagai Nasihat” Wallahualam..