Just trust your "SELF"

Just trust your "SELF"

Monday, 27 June 2011

PANDUAN UNTUK MENGHAFAZ AL QURAN

PERSEDIAAN SEBELUM MENGHAFAL :
1. Membersihkan diri dari segala hadas.
2. Memakai wangi-wangian.
3. Bersugi atau memberus gigi.
4. Berwudhuk.
5. Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian. 
 Pastikan tulisan mudah dibaca. 
 Sebaiknya menggunakan mushaf rasm uthmani.
6. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz Al Quran.
7. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz Al Quran. Waktu yang 
dicadangkan:
 Selepas subuh.
 Selepas maghrib.
8. Pilih guru yang ingin anda perdengarkan bacaan dan hafalan anda.
9. Perbetulkan niat untuk menghafal Al Quran.
CARA MENGHAFAZ :
1. Tentukan had bilangan ayat atau mukasurat yang hendak dihafal.
2. Bacalah ayat yang hendak dihafal. Pastikan bacaan tersebut betul dari segi 
tajwid dan sebutan.
3. Ulang bacaan dengan disemak bacaan tersebut supaya tidak ada kesilapan
setiap kali ianya diulang. 
 Bilangan ulangan ayat yang dicadangkan adalah sebanyak 60 / 30 / 10 / 
dan lain-lain bersandarkan kepada kemampuan ingatan seseorang.
 Semakin banyak ayat diulang semakin mudah ianya dihafal dan kekal 
lebih lama dalam ingatan.
4. Sebaik sahaja selesai ulangan bacaan tersebut dan anda berpuashati dengan 
bacaan tersebut, mulakan dengan mengulang ayat yang pertama yang ingin 
dihafal sehinggalah berjaya menghafal ayat tersebut.
5. Kemudian berpidahlah ke ayat yang kedua. Ulang langkah yang sebelumnya 
sehingga selesai hafalan ayat yang ketiga.
6. Ulang hafalan ayat satu kemudian diiukuti ayat yang kedua.
7. Selepas anda yakin ayat satu dan dua telah dihafal dengan hafalan yang 
sempurna mulakan hafalan dengan diulang langkah yang digunakan pada 
ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Kemudian susuli dengan urutan ayat 
satu dua dan tiga dihafal serentak.
8. Ayat yang berikutnya juga dilakukan langkah seperti ayat satu dua dan tiga 
sehinggalah sampai ke had yang telah ditetapkan ( cth : 1 ms / 1 ‘ain ).
9. Ulanglah keseluruhan hafalan  sehinggalah benar-benar yakin hafalan 
tersebut sempurna.
10.Perdengarkan bacaan kepada guru atau kawan yang dipilih.11.Apabila ingin memulakan hafalan yang baru, ulang terlebih dahulu hafalan 
yang lalu, barulah dimulakan hafalan yang baru dengan cara yang sama pada 
hafalan yang lalu.
12.Hafallah setiap ayat dan alunkanlah ia dengan penuh tadabbur dan dengan 
penuh kesungguhan serta niat untuk memahami dan memelihara kalam 
Allah.
SELEPAS MENGHAFAL : 
1. Berdoa agar dikurniakan keberkatan dalam hafalan. Antara doa yang baik 
untuk dibaca : 
اﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ ارْﺣَﻤْﻨﺎَ ﺑِﺎﻟْﻘُﺮْآنِ وَاﺟْﻌَﻠْﮫُ ﻟَﻨﺎَ إِﻣﺎَﻣﺎً وَﻧُﻮراً وَھُﺪىً وَرَﺣْﻤَﺔً   
اﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ ذَﻛﱢﺮْﻧﺎَ ﻣِﻨْﮭُﻤﺎَ ﻧُﺴﱢﯿْﻨﺎَ وَﻋَﻠﱢﻤْﻨﺎَ ﻣِﻨْﮭُﻤَﺎ ﺟَﮭِﻠْﻨَﺎ وَارْزُﻗْﻨﺎَ ﺗِﻼَوَﺗَﮫُ أَﻧَﺎءَ اﻟﻠﱠﯿْﻞِ وَأَﻃْﺮَافَ اﻟﻨﱠﮭَﺎرِ
وَاﺟْﻌَﻠْﮫُ ﻟَﻨﺎَ ﺣُﺠﱠﺔً ﯾَﺎ رَبﱠ اﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﯿﻦَ.  
“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya 
dan petunjuk dan rahmat bagi kami. 
Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu 
dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang. 
Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.  
2. Pastikan Al Quran sentiasa dibaca dan diulang selalu. Pastikan setiap hari 
ada jadual mengulang dan jadual hafalan yang baru.
3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan , memahami makna, hukum dan 
hikmah yang terkandung di dalam setiap ayat.
4. Berusaha untuk beramal dengan setiap perintah yang didatangkan dan 
berusaha menjauhi setiap larangan yang terkandung di dalam Al Quran.
TABIAT MEREKA YANG INGIN MENGHAFAZ AL QURAN
1. Sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci.
2. Sentiasa berjaga-jaga daripada termakan makanan atau minuman yang 
haram, begitu juga yang syubhat.
3. Rajin bangun di waktu malam untuk berqiyamullail, membaca Al Quran dan 
menunaikan solat malam.
4. Mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia sama ada dalam 
bentuk perbuatan atau percakapan serta menjauhi perkara yang dilarang 
oleh Allah sama ada dalam bertuk percakapan atau perbuatan.
5. Menjaga tingkahlaku dan percakapan seharian.
6. Rajin berpuasa sunat.
7. Memastikan niat menghafal Al Quran sentiasa kerana Allah bukan kerana 
habuan dunia dan sebagainya.
8. Menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia.

Saturday, 25 June 2011

Wirid, zikir penenang jiwa paling mujarab


Ulul Albab:
Oleh Abdurahman Haqqi
ZIKIR amalan mudah tetapi memberi kesan amat mendalam dalam kehidupan setiap Mukmin. Meditasi kosongkan minda menyalahi ajaran Islam yang mengingati Allah pada setiap perbuatan
PADA era serba cergas ini, kehidupan di bandar megapolitan khasnya yang segalanya mesti dilakukan dengan pantas dan tepat sehingga jiwa, hati serta badan manusia memerlukan sesuatu yang sesuai untuk menyeimbangkannya. Oleh itu, orang bandar terpaksa mencari jalan penyelesaian dengan pelbagai cara untuk mendapatkan keseimbangan diri termasuk beriadah secara fizikal atau spiritual atau kedua-duanya.
Namun, bagi Muslim semua amalan harian, mingguan, bulanan, tahunan atau seumur hidup sama ada wajib, sunat, haram, makruh, mahupun harus yang ditetapkan Allah SWT untuk dilaksanakan mempunyai tujuan duniawi dan ukhrawi termasuk untuk menenangkan jiwa, menyejukkan hati dan menyihatkan badan.
Apabila Islam datang bersama Rasulullah SAW dengan visi dan misi ke-rahmatan lil ‘alamin-nya, semua amalan masyarakat Arab ketika itu diganti dengan amalan yang sesuai dengan kehendak Allah SWT. Sebagai contoh, amalan menyembah tuhan selain Allah yakni patung berhala secara tabik hormat, rukuk dan sujud diganti dengan amalan solat yang disertai takbir, rukuk, iktidal, sujud, duduk tasyahhud dan taslim. Begitu juga dengan amalan lain termasuk hari keraian Nairuz dan Mahrajan di Madinah diganti dengan Aidilfitri dan Aidiladha. Semuanya sesuai dengan hukum syarak yang dibawa Baginda SAW atas perintah Allah SWT.
Seorang Muslim mempunyai amalan tersendiri daripada yang wajib hingga harus. Amalan ini berasal daripada ajaran al-Quran dan sunnah. Ada juga amalan yang disebut zikir dan tafakur. Ramai terkeliru menyamakan tafakur dengan meditasi padahal kedua-duanya mempunyai perbezaan ketara. Ketika bertafakur mesti ada dalam minda kita mengenai kekuasaan Allah, sedangkan dalam meditasi minda mesti dikosongkan.
Mengosongkan minda bererti satu kerugian menimpa diri kerana kita mensia-siakan masa yang perlu diguna sebaik-baiknya.
Zikir sudah sering disentuh dalam ruangan ini, tetapi wirid baru kali ini dijelaskan. Wirid dan zikir mempunyai persamaan dan perbezaan. Persamaannya, kedua-dua amalan ini mengingati Allah dan perbezaannya adalah wirid lebih khusus daripada zikir kerana zikir boleh dibuat bila-bila masa dan dalam keadaan apa pun jua. Wirid mempunyai tatacaranya tersendiri seperti yang akan kita lihat dalam penjelasan berikut.
Dalam Kamus Dewan wirid mempunyai takrifan sebagai
“1. petikan daripada al-Quran yang ditentukan untuk dibaca (dipelajari dan lain-lain); 2. zikir yang dibaca selepas sembahyang,”
manakala Kamus Kontekstual Lengkap al-Khalil menterjemahkan wirid dengan erti
“sedikit air, nasib, sebahagian Quran dan sebagainya, sekumpulan burung, tentera, mengambil air, mendekati air.”
Dalam A Dictionary of Modern Written Arabic ia diterjemahkan sebagai
specified time of day or night devoted to private worship (in addition to the five prescribed prayers); a section of the Koran recited on this occasion.
Menurut istilah ahli tasawuf dan pengertian secara umum dalam disiplin ilmu Islam, wirid bermakna seperti ditulis Syeikh Muhammad al-Madini dalam artikelnya bertajuk al-Wird, “azkar makhsusah min al-quran wa sunnah Rasulillah wa min athar al-’ulama al-’amilin” atau zikir khusus daripada al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan amalan ulama muktabar. Zikir dibaca pada masa tertentu siang atau malam sehingga seolah-olah si pembaca wirid mengambil air apabila dia berasa haus.
Menerusi zikir secara amnya dan wirid secara khasnya membuat mukmin tenang jiwa, sejuk hati dan sihat badannya seperti ditegaskan al-Quran maksudnya:
“Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’du: 28)
Sebagai amalan khusus yang mempunyai tatacaranya sendiri, wirid mempunyai dasar hukumnya daripada al-Quran dan sunnah Nabi. Imam Tirmizi meriwayatkan bahawa seorang sahabat datang kepada Rasulullah SAW sambil mengeluh: “Wahai Rasulullah, alangkah banyaknya hukum hakam syarak yang seakan-akan membebaniku, berikanlah aku sesuatu agar aku tetap teguh melaksanakannya. Baginda menjawab: Basahilah lidahmu dengan selalu berzikir kepada Allah.”
Agar Allah mencukupkan kita dengan apa saja yang kita inginkan mengenai perkara dunia dan akhirat, maka kita cukup dengan membaca tujuh kali pada pagi dan petang potongan ayat 129 Surah al-Taubah yang bermaksud:
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.” (Hadis riwayat Ibn Sunni dan Ibn ‘Asyakir secara marfu’)
Bukankah wirid ini menanamkan pada jiwa kita sifat tawakal dan berserah diri kepada Allah?
Agar hati kita tidak mati pada siang dan malam, maka bacalah dua ayat terakhir Surah al-Isra’ setiap pagi dan petang seperti diriwayatkan dalam hadis al-Dailami. Bukankah wirid ini mengajar kita betapa penting menjaga hati agar tetap terang di bawah sinaran Allah?
Alangkah indahnya tuntutan Rasulullah yang mengajar umatnya untuk wirid pada pagi dan petang dengan membaca asbahna (amsaina) wa asbaha (amsa) mulku lillahi walhamdulillah la syarika lah la ilaha illa huwa wa ilaihin-nusyur(Sesungguhnya kami terjaga pada pagi dengan kesedaran bahawa kerajaan ini seluruhnya milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya, tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan. Bukankah wirid ini menanamkan pada hati kita bahawa kekuasaan mutlak di tangan Allah?) – *Wirid ini ada di dalam koleksi “Ma’thurat”
Dalam hadis Abu Daud, al-Nasa’i, dan Ibnu Hibban diriwayatkan bahawa barang siapa membaca pada pagi dan petang maksudnya: “Ya Allah, nikmat apapun yang ku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah daripada-Mu yang tidak mempunyai sekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur”, maka sesungguhnya dia telah menunaikan syukur pada siang dan malam hari itu. Bukankah wirid ini mengajar kita agar tidak tamak haloba?
Untuk menjaga kesihatan kita, Rasulullah mengajar wirid untuk dibaca pada pagi dan petang tiga kali yang bunyinya Allahumma ‘afini fi badani, allahumma ‘afini fi sam’i, allahumma ‘afini fi bashari la ilaha illa anta. (Ya Allah sihatkanlah badan, pendengaran dan penglihatanku. Tiada Tuhan selain Engkau. (Hadis riwayat Abu Daud) Bukankah dengan wirid ini kita akan sentiasa mendapat kesihatan dari Allah?
Banyak lagi wirid yang diajarkan Rasulullah kepada sahabat jika diamalkan oleh mukmin, dia tidak lagi perlu kepada cara lain untuk menenangkan jiwa, menyejukkan hati dan menyihatkan badan kecuali cara yang sesuai dengan ajaran Nabi Junjungan umat Islam.
Wallahu a’lam

Friday, 24 June 2011

PENGALAMAN NGERI SEORANG PENGGALI KUBUR


"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ...

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur ...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN

(diceritakan sendiri oleh Tok Johar)


10 jenis seksaan pd wanita




Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke
rumah Rasulullah a.a.w, Apabila kami masuk ke
rumah
baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w
Sedang
menangis, maka saya bertanya kepada
Rasulullah: 'Ya
Rasulullah Mengapa Rasulullah menanggis?"
Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis
seksaan bagi wanita antaranya:

1. Orang perempuan yang digantung dengan
rambutnya dan
otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan
lidahnya dan
tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan
minyak
dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah
dadanya
dari arah punggungnya dan air kayu zakum
dituangkan kedalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat
dua
kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-
ubunnya dan
di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.

5. Orang perempuan yang makan badannya
sendiri dan di
bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya
sendiri
dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia
makanusus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di
dalam
peti daripada neraka sedang darahnya mengalir
dari
lubang bahagian badannya sepertti hidungnya,
telinga,
dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab
penyakitkulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti
kepala babi
dan badannya pula seperti keldai, mereka
mendapatseksaan sejuta macam
seksaan


10. Orang perempuan yang berbentuk anjing
danbeberapa
ekor ular dan kala jenking masuk ke dalam
mulutnya dan
keluar melalui diburnya dan para malaikat
memukuli
kepalanya dengan palu mereka dari neraka.
Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata
ayahnya
itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku,
ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah
dilakukan oleh wanita-wanita tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai
anakkuFatimah, adapun :

1 Orang perempuan yang digantung dengan
rambutnya,
kerana dia tidak mahu Menutupi (melindungi)
rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak
mahumenutup auratnya.

2• Orang perempuan yang digantung dengan
lidahnya
adalah keranadia suka menyakiti hati suaminya
dengan
kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda
"sesaorang wanita yang menyakiti suaminya
dangan
kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan
lidahnya
di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan
mengikat
di belakang lehernya. Sesaorang perempuan yang
menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka
Allah SWT
melaknatinya mmaka para malaikat juga
melaknatinya."
Dari Utsman r.a. berkata "sesaorang perempuan
yang
mengatakan kepada suamminya dengan
berkata "Aku belum
pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT
akan
menghapuskan amal kebaikannya selama 70
tahun,
walaupun dia berpuasa pada siang hari dan
mengerjakansolat pada malam hari.

3• Orang perempuan yang digantung dengan buah
dadanya,
adalah kerana dia menyusui anak orang lain
tanpamendapat izin suaminya.

4• Orang perempuan yang diikat dengan kakinya
adalah
kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya
terlebih
dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni
mereka yang
tidak mandi bagi membersihkan diri setelah
kedatanganhaid dan nifas.

5• Orang perempuan makan badannya sendiri
adalah kerana
berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka
yang
suka membicarakan aib orang lain.

6• Orang perempuan yang memotong-motong
badannya
sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana
dia
memsyhurkan dirinya dikalangan orang ramai,
dengan
bermaksuk supaya orang melihat akan
perhiasannya. Dan
setiap orang yang melihatnya akan tertarik
kepadanya
sebab perhiasan yang dia pakai. • Orang
perempuan yangdiikat kedua-dua kaki
dan
tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya
dan
dibelit dengan beberapa ular dan kala jenking
adalah
kerana dia itu bolih bersolat, puasa tetapi tidak
mahu
mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan
solat
dan tidak mahu juga mandi junub.

7• Orang perempuan kepalanya seperti kepala
babi, dan
badannya seperti kaldai, adalah kerana dia suka
mengadu domba dan sangat suka sangat
berdusta.

8• Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng
adalah
kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah
kepadasuaminya
Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah
s.a.w.
telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang
ada di
bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa
olih
seorang perempuan ke rumah suaminya, maka
satu hari
dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa,
semua
harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau
tidak
mempunyai harta apa-apa pun' .Maka
sesungguhnya Allah
SWT akan menghapuskan semua amal baiknya
walaupun amalitu banyak".
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
telah
bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari
rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia
dikutuk
olih segala yang disinari matahari dan bulan
sehingga
dia kembali ke rumah suaminya"
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
telah
bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu
keluaar
dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan
memakai
wangi-wangian yang harum dan si suami pula
membenarkannya, makasesungguhnya Allah SWT
akan
membangunkan kepadanya setiap langkah
isterinya itusatu rumah dalam neraka"
Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia
mendengar
Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang
perempuan itu
sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan
menyebabkan suaminya itu susah hati maka
sesungguhnya
Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi bolih
tertawa dihadapan suaminya atau pun
menggembirakansuaminya itu".
Wallahualam... ..

Sunday, 12 June 2011

Berhemah Dalam Menegur

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.
Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.
Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.
Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur.
Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.
Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.
Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,
‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”
Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.
Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.
Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.
Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.
Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.
Dalam buku Ihya ‘Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.
Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.
Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) – kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.
Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.
Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.
Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

Saturday, 11 June 2011

BALASAN BAGI ORANG YANG MENDEDAHKAN AURAT


1) balasan bagi wanita yang membuka rambut kepalanya kepada selain suaminya, ia akan digantung dengan rambutnya di atas API NERAKA sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya..

2) dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung atas API NERAKA dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.


3) betis, peha dan lengan yang terselak sedia untuk dipanggang macam masywil (BBQ) pedihnya tidak terkira…….

Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikanbagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur.


Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu. Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut. Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.

Sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.

jangan la dressing macam ni


Memutuskan silaturrahim

Maaf mengganggu.Ustaz, nak minta tolong ustaz jelaskan berkenaan‘silarturahmi’ .
“Ada hadith mengatakan bahawa….”pada malam nisfu sya’ban semua doa akan diterima kecuali doa orang yang memutuskan silarturahmi. ….’
Adakah dikira memutuskan silarturahmi sekiranya hubungan dengan seseorang kawan yang dulunya rapat tetapi sejak akhir-akhir ini renggang disebabkan perselisihan faham dalam perhubungan. Tetapi, perhubungan masih seperti biasa…means masih berhubung cuma tak rapat seperti dulu sebab ada rasa kecil hati dengan sikap kawan yang tidak mahu berterus terang dengan apa yang dia tak puas hati / marah.
Hope, ustaz dapat memberi penjelasan tentang ‘memutuskan silarturahmi’ .
Syukran, baarokallahu fiik.
Aisya Humaira
Gombak,Kuala Lumpur
wa’alaikumussalam,
Nabi sebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur spa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )
Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)
Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )
Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi ” ( al-Bukhari)
Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)
Dari soalan ukhti, tidak terputus hubungan, cuma renggang sikit dari dahulunya yang mungkin mesra dan rapat (itupun kena lihat dari sudut kerana urusan akhirat atau dunia semata-mata) …dan akibat renggang maka tiada banyak perkara yang ingin dikongsi bersama lagi..justeru, menyebabkan hubungan dan komunikasi menjadi kurang. pada hemat saya, ia masih dalam ruang yang dibenarkan.. wallahu’alam.
Ada juga renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.
ust zaharuddin abd rahman