Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira sama ada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T. Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. Surah Al - Nisa ayat 29.
Daripada terjemahan hadis di atas dapatlah dirumuskan bahawa
perempuan Islam yang sengaja mendedahkan aurat untuk tatapan umum selain dari suaminya atau muhrimnya, akan diazab dengan siksa yang amat dahsyat bermula dari azab kubur hingga ke azab siksaan api neraka yang amat menyiksakan.
Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah
mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikan
bagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur.
Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu. Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut. Penyiksaan yang penuh
sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur
berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.
Jadi bila kita ada isteri, ibu, adik, kakak dan kawan-kawan perempuan,
segeralah menasihati dan mengingatkan mereka
agar mereka terhindar dari siksaan yang amat pedih itu. Nauzubillah.
Semoga kita termasuk dalam golongan hamba Allah yang beriman..lagi jauh dari dosa kecil mahupun dosa besar..ya Allah Ampuni Kami ya Allah..
Just trust your "SELF"

Friday, 23 September 2011
Bagaimana Hendak Menegur Seorang Kawan Yang Tidak Suka Bertudung?”
Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Oleh Muslim).
Hadis di atas ini, menunjukkan cara seseorang mengubah kemungkaran yang berlaku di sekelilingnya. Bagi yang berkemampuan atau mempunyai kuasa, maka ubahlah kemungkaran yang berlaku dengan kuasanya atau tangannya (perbuatannya). Bagi yang tidak berkemampuan maka ubahlah dengan lidahnya (teguran). Dakwah dengan menggunakan teguran selalunya bermasalah, ada yang tegur dengan cara menengking, menghina dan mencaci orang, ada orang yang menegur dengan cara baik, tetapi dibalasnya dengan cara yang tidak baik dan banyak lagi. Firman Allah yang bermaksud :
“Serulah kepada agama Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara sebaik-baiknya, sesungguhnya Tuhammu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Al-Nahl : 127).
Dakwah bil lisan mestilah digunakan dengan bahasa-bahasa hikmah, baik, sopan dan bahasa yang bijaksana untuk menarik perhatian atau minat seseorang kepada Islam. Ini adalah ajaran dari Allah untuk pendakwah-pendakwah menyampaikan seruan Islam. Rasulullah menyampaikan dakwah kepada penduduk-penduduk Makah dengan cara percakapan yang baik, sopan santun, tidak pernah menipu dan sebagainya, Rasulullah juga dikenali dengan akhlak yang baik sehingga dakwah Nabi dapat diterima oleh sesetengah masyarakat Mekah ketika itu.
Pendapat saya cara untuk menegur orang yang melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat ialah :
- Gunakan kebijaksanaan yang ada untuk menegur pelaku bahawa perbuatannya itu salah dan melanggar peraturan Islam. Boleh gunakan TV atau Radio untuk memasang CD atau kased ceramah yang berkaitan dengan pemakaian tudung atau tutup aurat apabila dia datang ke rumah. Dalam cara tidak langsung, pelaku tersebut dengar dan dia akan rasa sendiri akan perbuatannya itu. Cara ini tanpa perlu ditegur, dan tidak memerlukan modal percakapan dan hanya bermodalkan bil elektrik dan modal CD atau kased ceramah sahaja.
- Gunakan perkataan-perkataan hikmah dan tidak sesekali menggunakan perkataan yang menguris hati pelaku,, seperti bawa dia berbincang baik-baik di tempat yang tiada orang, kerana bila melakukan teguran dihadapan orang ramai, maka secara tidak langsung kita telah menjatuhkan air mukanya dihadapan orang.
- Gunakan perkataan-perkataan sindiran yang tidak menyinggungnya atau tidak mengaibkannya, seperti contoh saya berikan cucu Nabi Muhammad saw iaitu Hasan dan Hussin menegur seorang tua yang mengambil air sembahyang secara cincai dan sekadar melepaskan kewajipan berwuduk sahaja dengan cara : “Assalamualaikum pakcik, maaf ganggu, boleh pakcik lihat kami mengambil air sembahyang, jika salah pak cik tegur kami” (Teks ini digambarkan dari saya sahaja untuk menyedapkan lagi cerita ).
- Tegur dengan menggunakan orang tengah yang dekat dengannya, supaya segala teguran yang disampaikan melalui orang tengah dapat diterimanya dengan baik dan hati yang terbuka.
- Tegur dengan menggunakan surat, SMS atau sebagainya. Teks mestilah didahulukan dengan perkataan maaf,perkataan-perkataan yang lembut dan menyatakan apa tujuan kita menulis surat atau SMS ini, supaya tidak berlakunya salah faham antara pelaku dan kita.
- Sesiapa yang tidak mampu untuk menegur kemungkaran dengan menggunakan perbuatan atau lidah, maka gunakanlah dengan hati, sesungguhnya orang yang tidak redho atas kejahatan tersebut dengan cara menegur dengan hati, maka itulah yang dinamakan selemah-lemah iman. Untuk melaksanakan dakwah, kita tidak perlu rasa takut kepada manusia, hanya perlu rasa takut kepada Allah sahaja, kerana ini adalah amanah Allah kepada kita untuk menyampaikan apa yang termampu dan apa yang diketahui kepada masyarakat. Hadis Nabi yang bermaksud : “Sampaikanlah dengan apa-apa yang diterima dari kami walaupun sepotong ayat”(Riwayat Bukhari dan Tarmizi). Sesungguhnya orang yang menyampaikan kebaikan (dakwah) adalah orang yang terlepas dari tanggungjawabnya. Biarlah dimarahi oleh pelakunya, tetapi kita tidak dimarahi oleh Allah. Hidup di dunia mencari cinta ilahi dan redho ilahi, bukan mencari cinta manusia dan redho manusia, barang siapa yang dapat redho ilahi dan cinta ilahi, nescaya dia akan cinta manusia dan akan selamat di dunia dan di akhirat.
Taubat
Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT berarti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.
Maksud taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(At-Tahrim : 8)
Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata dalam kitab tafsirnya :
"Artinya adalah, taubat yang sebenarnya dan sepenuh hati, akan menghapus keburukan-keburukan yang dilakukan sebelumnya, mengembalikan keaslian jiwa orang yang bertaubat, serta menghapus keburukan-keburukan yang dilakukannya."
Hasan Al Bashri berkata : “Taubat adalah jika seorang hamba menyesal akan perbuatannya pada masa lalu, serta berjanji untuk tidak mengulanginya.”
Al Kulabi berkata : “Yaitu agar meminta ampunan dengan lidah, menyesal dengan hatinya, serta menjaga tubuhnya untuk tidak melakukannnya lagi.”
Sa'id bin Musayyab berkata : “Taubat nasuha adalah: agar engkau menasihati diri kalian sendiri.”
Dari pendapat yang diberikan di atas bahawa taubat nasuha itu adalah taubat yang sebenarnya dan tidak lagi mengulangi kesalahan yang dilakukan. Taubat nasuha dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Allah menerima orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tidak lagi mengulangi perbuatan dosa tersebut. Manakala orang yang bertaubat kemudia masih melakukan perbuatan dosa tersebut tidak dinamakan sebagai taubat nasuha.
Ada manusia beranggapan buatlah dosa duhulu nanti kita boleh taubat pada masa tua nanti. Kalau dan bertaubat tidak mengapa, kalau tidak berkesempatan untuk bertaubat maka padah nanti di hari akhirat. Lagipun taubat sebegini diibaratkan tidak ikhlas dengan Allah, sebab orang tersebut masih berkeinginan untuk melakukan dosa. Jangan berlengah-lengah untuk bertaubat, kerana orang yang melengahkan taubat ini adalah orang yang jahil, sombong, tidak sedar diri dan zalim kepada dirinya. Firman Allah yang bermaksud :
“ Dan ingatlah, sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.” (Al-Hujurat : 11)
Syarat-syarat Taubat
Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah :

- Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
- Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
- Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.
Cara-Cara Bertaubat
Cara-Cara Bertaubat
- Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah saw : “Menyesali (dosa) itu adalah taubat”.(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
- Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
- Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
- Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah :“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)
Hukum Taubat
Ketahuilah bahawa hukum bertaubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur: 31)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Wahai sekalian manusia bertaubatlah kalian kepada Allah, karena sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah seratus kali dalam sehari.” (Riwayat Al-Bukhari)
Manusia tidak pernah sunyi melakukan kesalahan, kerana manusia dibekalkan nafsu sentiasa suka kepada perkara yang lazat atau keseronokan. Maka di sini, taubat adalah wajib dan fardhu ain kepada semua umat Islam. Taubatlah cara untuk menghapuskan dosa dan diampunkan Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Sebagai muslim yang baik, marilah kita sentiasa memohon taubat kepada Allah, supaya segala kesalahan kita diampunkan.
Penutup
Taubat adalah kembali kepada Allah atau menyesali atas segala perbuatan dosa yang dilakukan selama ini. Ia bermunajat kepada Allah dan penuh keinsafan dan penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Taubat kepada mesti dengan sebenar-benar taubat, kerana orang yang tidak ikhlas taubatnya tidak akan diterima oleh Allah. Taubatlah dengan secepat yang mungkin dan jangan berlengah-lengah kalau kita menyedari telah melakukan kesalahan. Orang yang melengah-lengahkan taubat adalah orang yang sombong dengan Allah dan tidak takut dengan azab Allah yang sangat dahsyat. Sentiasalah bermuhasabah diri kita dan sentiasalah beristiqfar dan memohon ampun kepada Allah, mudah-mudahan Allah menerima taubat kita.
Akhir sekali saya datangkan kata-kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin seperti berikut :
"Sedangkan ilmu adalah, mengetahui besarnya bahaya dosa, dan ia adalah penghalang antara hamba dan seluruh yang ia senangi. Jika ia telah mengetahui itu dengan yakin dan sepenuh hati, pengetahuannya itu akan berpengaruh dalam hatinya dan ia merasakan kepedihan karena kehilangan yang dia cintai. Karena hati, ketika ia merasakan hilangnya yang dia cintai, ia akan merasakan kepedihan, dan jika kehilangan itu diakibatkan oleh perbuatannya, niscaya ia akan menyesali perbuatannya itu. Dan perasaan pedih kehilangan yang dia cintai itu dinamakan penyesalan. Jika perasaan pedih itu demikian kuat berpengaruh dalam hatinya dan menguasai hatinya, maka perasaan itu akan mendorong timbulnya perasaan lain, yaitu tekad dan kemauan untuk mengerjakan apa yang seharusnya pada saat ini, kemarin dan akan datang. Tindakan yang ia lakukan saat ini adalah meninggalkan dosa yang menyelimutinya, dan terhadap masa depannya adalah dengan bertekad untuk meninggalkan dosa yang mengakibatkannya kehilangan yang dia cintai hingga sepanjang masa. Sedangkan masa lalunya adalah dengan menebus apa yang ia lakukan sebelumnya, jika dapat ditebus, atau menggantinya.”

Subscribe to:
Comments (Atom)