Just trust your "SELF"

Just trust your "SELF"

Wednesday, 24 October 2012


Hukum Kutip Derma Waktu Khutbah


Assalamualaikum ustaz,

Apa hukum mengutip derma semasa khatib berkhutbah pada solat Jumaat. Berniaga pada masa tersebut dikira haram, bagaimana pula derma yg diberikan kepada orang yg ditugaskan berjalan melalui saf utk kutip derma. Orang yg kutip derma itu juga tidak mendengar khutbah kerana tumpuan adalah kepada beg yg dibawanya.

Jawapan:

Tidak syak lagi, hukum mengutip derma semasa khutbah adalah termasuk dalam perkara LAGHA dan MAKRUH yang semestinya dijauhi kerana Rasulullah (s.a.w) bersabda:

ومن مس الحصا فقد لغا. (رواه مسلم

Maksudnya: “Sesiapa menyentuh batu maka dia telah melakukan sesuatu yang sia-sia.” (Riwayat Muslim)

Mengenai hadis di atas, Imam al-Nawawi berkata: “Daripada hadis di atas difahami bahawa memegang batu dan juga perbuatan sia-sia yang lain adalah ditegah semasa khutbah.”

Al-Buhuti di dalam Kashshaf al-Qina’ pula berkata: “Makruh melakukan perbuatan sia-sia ketika khutbah. Ini adalah kerana ia boleh menghalang kekhusyukan. Begitu juga meminum air semasa khutbah jika ia mengeluarkan bunyi kerana ia adalah perbuatan yang menyerupai perbuatan bermain-main dengan anak-anak batu, juga kerana ia boleh menghilangkan khusyuk. Tetapi tidak makruh jika seseorang meminum air kerana tersangat dahaga.”

Manakala mengutip derma lebih-lebih lagi dianggap sebagai perbuatan yang lagha, ditambah lagi dengan melangkah tengkuk para ahli jemaah yang boleh menyebabkan gangguan kepada mereka, sedangkan ia dilarang sebagaimana terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ibn Majah dan lain-lain:

أن رجلاً جاء يتخطى رقاب الناس يوم الجمعة والنبي صلى الله عليه وسلم أثناء الخطبة فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: اجلس فقد آذيت

Maksudnya: Bahawa seorang lelaki melangkah tengkuk orang ramai pada hari Jumaat sedang Nabi (s.a.w) ketika itu sedang berkhutbah, lalu baginda (s.a.w) berkata: “Wahai si fulan! Duduklah, engkau telah mengganggu orang.”

Oleh itu adalah lebih baik sekiranya kutipan derma itu dilakukan sebelum khutbah atau selepas solat jumaat agar tumpuan sepenuhnya diberikan kepada khutbah yang disampaikan oleh khatib.

Wallahu a’lam.

Disediakan oleh:
Anwar Fakhri Omar
Sekretariat MUIS

IBNU MUSLIM: Hukum Kutip Derma Waktu Khutbah

IBNU MUSLIM: Hukum Kutip Derma Waktu Khutbah mohon share..

Wednesday, 1 February 2012

Memerangi Nafsu Dan Syaitan

Sudah semestinya orang berakal memerangi keinginan nafsu dengan berlapar.
Hanya lapar dapat menundukkan musuh-musuh ALLAH.
   "sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah..Maka bendunglah aliran itu
    dengan lapar!"
 
   Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan ALLAH kelak pada hari Kiamat adalah orang yang paling kuat menahan lapar dan hausnya.Dan bahaya yang paling besar bagi manusia adalah syahwat perut.Sebab itulah Adam dan Hawa dikeluarkan dari Darul Baqa ke Darul Fana.Allah telah melarang keduanya memakan (buah) pohon.Namun mereka tidak tahan membendung keinginannya sehingga memakannya.Dan pada dasarnya perutllah seabagai sumber segala syahwat.

  Sebahagian ulama telah mengatakan, "Barang siapa telah dikuasai oleh nafsunya, maka dia akan menjadi hamba kepada syahwatnya.Ia merangkuk dalam penjara kegilaannya.Dan hatinya semakin lalai".Barangsiapa menyirami bumi tubuh ini dengan syahwat,bereti dia telah menanam pohon penyesalan dalam hatinya"

  Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk ada tiga bahagian.Dia menjadikan malaikat hanya diberikan akal,
tanpa diberikan syahwat.Lalu dia menjadikan haiwan yang dibekali syahwat dan tidak diberi akal dan Allah menjadikan manusia yang diberi akal dan syahwat.Jika seseorang telah mengalahkan akalnya, maka haiwan lebih baik daripada dia.Namun barangsiapa menggunakan akal dan menundukkan syahwatnya, tentulah dia lebih baik daripada Malaikat.

  Syahwat dapat membuatkan raja menjadi hamba.Sedangkan sabar akan membuatkan budak menjadi raja.Tidakkah engkau dengar kisah Yusuf as dengan Zulaikha?Yusuf menjadi raja Mesir sebab kesabarannya.Dan Zulaikha menjadi hina,fakir dan lemah kerana syahwatnya.Zulaikha tidak sanggup  menahan cintanya kepada Yusuf as.

  Diceritakan bahawa Abu Hassan Ar Razi bermimpi bertenu dengan ayahnya dua tahun setelah dia meninggal.Dia mengenakan pakaian daripada aspal.Kemudian Abu Hassan bertanya "Wahai ayahku, betapa ak melihatmu seperti ahli Neraka."Lalu menjawab,Wahai anakku, nafsuku telah menyeret aku ke Neraka.Maka takutlah engkau wahai anakku, terhadap tipuan nafsumu."
     Sungguh aku diuji dengan empat perkara.
     Selalu menjeratku dalam binasa.
     Iblis,dunia,nafsu dan syahwat.
     Bagaimana selamat, sedangkan mereka musuh semuanya.
     Kulihat syahwat dan keinginanku.
 
  Hatim Al-Ashom berkata,"Nafsu tempat peristirehatanku, ilmu adalah pedangku dan dosa  adalah kegagalanku sedangkan syaitan itu musuhku.Aku dikhianati oleh nafsuku.
   Sebahagian ahli Makrifat berkata jihad itu ada tiga macam.Pertama, jihad melawan orang-orang kafir.Ini jihad lahir. Sebagaimana termaktub dalam firman Allah:
      "Mereka berjihad di jalan Allah...."(Q.S. Al-Maidah:54)

  Kedua, berjuang menghadapi orang-orang yang menyebarkan  ilmu dan hujah yang batil.Seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
     "Dan berbalahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan jalan yang terbaik"...(Q.S. An Nahl: 125)

  Ketiga, berjihad melawan nafsu yang sentiasa mengheret ke jalan kejahatan seperti firman Allah:
       "Dan orang-orang yang berjuang dalam (menunaikan hak) Kami, nescaya Kami tunjuki
        mereka ke jalan ke jalan kami..."(Q.S.Al Anakabut: 69)

  Dan Rasulullah SAW bersabda:
  "Jihad yang paling utama adalah memerangi nafsu"